BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 17, 2009

~Aurat Wanita Di Luar Solat~

Aurat wanita dengan lelaki ajnabi di luar sembahyang adalah sama dengan auratnya dalam sembahyang, iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan, termasuk kekura tangan hingga ke sendi yang memisahkan tapak tangan dengan tangan, iaitu tempat wanita memakai gelang.

Hujah wajib menutup aurat

Banyak nas-nas syarak yang menunjukkan aurat wajib ditutup.

1. Allah menyebut dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dada.”

Ayat ini melarang wanita menunjukkan perhiasan yang di pakai kecuali perhiasan yang pada kebiasaannya terdedah. Ini bermaksud, anggota yang boleh didedahkan adalah anggota yang pada kebiasaannya dijadikan tempat memakai perhiasan zahir, iaitu muka dan tapak tangan. Ia juga memerintahkan wanita supaya melabuhkan tudung kepala hingga ke paras dada. Ertinya, tengkok dan leher tidak boleh didedahkan.

2. Allah berkata dalam ayat 59 surah al-Ahzab yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya.”

Ayat ini mengarahkan Rasulullah supaya memerintahkan para isterinya dan wanita Islam melabuhkan pakaian di tubuh mereka.

3. Aisyah melaporkan:

“Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke tempat Nabi, di badannya (dipakai) pakaian yang jarang, lalu Rasulullah berpaling dan berkata: ‘Ya Asma’, apabila perempuan sampai usia haid (iaitu baligh, dengan datang haid, genap usia 15 tahun ataupun mimpi dan kelur mani) tidak wajar lagi dilihat anggota tubuhnya kecuali ini dan ini. Beliau mengisyaratkan muka dan dua tapak tangannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud)

Maksud tangan dalam hadis ini ialah bermula daripada pergelangan tangan, kekura tangan hingga ke hujung jari (bahagian atas tapak tangan) dan tapak tangan. Hadis ini menjelaskan, anggota yang boleh di dedahkan adalah muka dan dua tangan. Selain daripada itu mestilah ditutup.

Image000

Pakaian wanita yang sempurna menutup aurat untuk sembahyang – kaki berstoking

aurat wanita-1

Adakah kaki wanita aurat?

Maksud kaki di sini ialah mulai daripada pergelangan kaki ke bawah, termasuklah buku lali, kekura kaki hingga ke hujung jari, tumit dan tapak kaki. Ulama berbeza pendapat sama ada ia aurat ataupun tidak:

1. Majoriti ulama’ berpendapat, kaki wanita adalah aurat. Hujah yang mereka pegang adalah hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah berkata:

“Allah tidak melihat kepada sesiapa yang mengheret pakaiannya yang labuh kerana bermegah. Ummu Salamah bertanya: ‘Bagaimana wanita patut lakukan dengan hujung-hujung pakaian mereka yang labuh?’. Beliau menjawab: ‘Labuhkanlah kadar sejengkal.”

Dalam hadis ini, Rasulullah memerintahkan wanita supaya melabuhkan pakaian mereka kadar sejengkal bagi menutup kaki mereka. Perintah ini menunjukkan kaki wanita adalah aurat, sebab itu ia wajib ditutup.

2. Mazhab Hanafi berpendapat, kaki wanita bukan aurat. Hujah yang nereka pegang adalah; Kaki termasuk dalam anggota yang dikecualikan daripada larangan mendedahkannya seperti mana Allah menyebut (kecuali anggota yang zahir). Oleh itu, kaki adalah sama dengan muka dan tapak tangan. Ia dianggap anggota zahir, bukan aurat yang wajib ditutup.

Bagi Mazhab Shafie, walaupun wanita ini tidak memakai sarong kaki dia sempurna menutup aurat kerana pekerjaaannya menyukarkan beliau memakai stoking

Bagi Mazhab Shafie, walaupun wanita ini tidak memakai sarong kaki dia sempurna menutup aurat kerana pekerjaaannya menyukarkan beliau memakai stoking

Pakaian wanita ini belum sempurna menutup aurat mengikut pendapat semua mazhab

Pakaian wanita ini belum sempurna menutup aurat mengikut pendapat semua mazhab

Ini pakaian wanita sempurna bagi Mazhab Syafie

Ini pakaian wanita sempurna bagi Mazhab Syafie

Dipetik daripada buku Islam yang Mudah oleh:

Ustaz Alias Othman dan Dr. Anisah bt Abdul Ghani

p/s:sekadar perkongsian bersama untuk semua sahabat

0 comments: